Jumaat, 20 Julai 2012

PUASA: - Ikhlas kerana Allah - Menepati Syara' dan Adab


PUASA:
- Ikhlas kerana Allah
- Menepati Syara' dan Adab

IKHLAS-
"Setiap amalan ketaatan yang dilakukan mungkin sahaja diterima-NYA atau sebaliknya. Ini bergantung kepada ketaqwaan si pelaku terutamanya saat melaksanakan sesuatu ketaatan. Roh kepada amal adalah IKHLAS."

"Tidak melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah RIAK & melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah SYIRIK. Manakala IKHLAS adalah yang berada di antara keduanya yang diberi taufiq hidayah oleh ALLAH SWT."



Apa itu IKHLAS?
Dari segi bahasa, ertinya murni, suci & tidak dinodai apa-apa kotoran.
Dari segi syariat, memaksudkan suatu ibadah itu hanya kerana ALLAH SWT.

Tanda-tanda ikhlas :
- tiada perubahan dalam hati jika dipuji atau dicaci.
- tidak anggap amalan yang dilakukan banyak, hebat atau besar.
- hanya mengharapkan ganjaran dari Allah

Rukun ikhlas ada 3 (menurut Imam Ghazali rahimahullah) :
* Niat yang baik - niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalnya.
* Hakikat - tidak disertai dengan niat-niat lain walaupun baik. Hanya kerana-NYA !!!
* Kesempurnaan - iaitu azam atau kesungguhan yang dibuktikan melalui pratikal atau perbuatan.

SYARA' ->
* Tahu hukum hukum serta syarat-syarat puasa.

ADAB ->
* Ketika berbuka - disunatkan berbuka dengan kurma (makan kurma biar ganjil bilangannya 1, 3, 5 dan seterusnya), jika tiada kurma berbuka dengan benda manis atau tiada juga berbuka dengan air kosong. Segerakan berbuka. Dan diwaktu berbuka inilah waktu mustajabnya doa. Digalakkan menyediakan juadah berbuka/sahur untuk orang lain.

* Ketika bersahur - Masuk waktu sahur ialah pertengahan malam. Seeloknya kita melewatkan waktu sahur. Waktu afdal sahur ialah kira-kira dibaca 50 ayat al-Quran sampai ke masuk waktu Subuh (30 minit sebelum waktu Subuh lebih kurang).

* Membaca Al-Quran - Usahakan membaca walaupun sedikit, afdal jika dapat khatam Quran dalam bulan Ramadhan ini. InsyaAllah. ( Baca dalam keadaan berdiri dicatat 100 kebaikan, duduk 50 kebaikan, dalam keadaan bersugi 25 kebaikan, tidak bersugi 10 kebaikan)

* Bersedekah - banyakkan bersedekah dibulan yang mulia ini

* Usaha cari Lailatul Qadar - berazam dan bersungguh dalam mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan ini. Bacalah doa للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

* Menjaga Lisan, Pandangan, Penglihatan, Kaki dan Tangan (Hal Yang Penting Sekali Dalam Berpuasa) - Antara perkara yang membatalkan ganjaran puasa ialah berdusta, mengadu domba, mengumpat, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan rasa syahwat.

* Mengingati bahawa Ramadhan adalah kurniaan terbesar Allah kepada kita. - Bilamana seseorang yang berpuasa itu diam dikira seperti dia sedang bertasbih, bila tidur dikira satu ibadah dan banyak lagi kelebihan yang Allah janjikan buat orang-orang yang berpuasa.

~ Berikut adalah diantara hadis berkenaan Ramadhan~

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam (tarawih) Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada". 
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”. (HR al-Tirmizi)

Nota Hujan Kasih Illahi
Assalamualaikum. Dikesempatan ini saya ingin meminta maaf dari semua pihak dan juga sahabat-sahabat semua sama ada di FB atau diluar sana, sekiranya ada kesalahan dan kekhilafan dari diri ini mohon dimaafkan. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa penuh penghayatan dan pengertiaan buat kita semua. Selamat berpuasa dan selamat beribadah dan meningkatkan amalan didalam bulan mulia ini. InsyaAllah

Pic By :Retrowan Sufi n Musafir Kasih..
authored by:Hujan Kasih Illahi

Sabtu, 14 Julai 2012

Indahnya Bila bertudung..

Anugerah ALLAH buatmu Ukhti,
Moga ia menjadi anak yang solehah,
Moga ukhwah yang dibina terjalin hingga ke syurga Firdausi..Amin ya Rabbal A'lamin ...









Isnin, 9 Julai 2012

Dibalik coretanku buat sahabat Dimedan Perjuangan ~Syiria~

Ya Allah berikanlah kekuatan pada mereka yang berada di syam,
Mereka terus bejuang tanpa merasa lelah,Mereka terus bangun dan terus bangun,
Setiap hari dipanahi dengan senjata ,anak2 mereka,wanita yng lemah dibunuh,
Buat sahabat yang berada dimedan perjuangan syiria:


Berjuang tidak pernah senang,
ombak derita tiada henti,
Tenang tegang silih berganti,
inilah sunnah orang berjuang,

Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa air mata,
siangnya bagai singa di rimba,

Berjuang memg pahit,
kerna syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Biar kakiku terasa lemah ,
ku pasti bejuang kerna ALLAH..

Mereka disna merasainya,mereka dapat merasai atas kedengaran bom setiap hari,
merasai gegaranny bom merasai ia semakin hampir dimedan ilmu mereka,Namun tiada siapa yang tahu mereka disna didlm kesempitan kedai tutup bekalan semkin kurang,namun mereka tetp besyukur mereka msih ada bekalan dariNYA cukuplah sekadar hilangkan dahaga...Segalanya Rahsia ALLAH apa yang mereka rasai setiap saat mereka disna sehinggalah datangnya kekasihnya iatu Ramadan..

Sabtu, 7 Julai 2012

Air Mata Syiria

Sham adalah kanak-kanak termuda di Syria !!! Beliau baru berumur 10 jam sebelum meninggal dunia..


                         الفتاة الصغيرة شام ... من أصغر شهداء سوريا ... عمرها 10 ساعات فقط

             Sham is one of the youngest baby in Syria !!! just she has 10 hours age before she has been killed


Di Syria: 
- lelaki tua dan muda dibunuh
- wanita-wanita lemah dan kanak-kanak dibunuh
- pejuang kebenaran digari dan dipijak-pijak, dipukul, ditumbuk ditendang sesuka hati.
- kebenaran dinafikan, hak bersuara cuba dihapuskan
- melawan akan dihukum, lantas dibunuh!
- yang kaya berkuasa, yang memimpin nak terus memimpin walau zalim.





Di Malaysia:
- iman remaja lelaki dan pemuda-pemuda dibunuh perlahan-lahan

- iman remaja perempuan dan pemudi2 dikikis perlahan-lahan
- yang mana berjuang demi kebenaran akan dihentam habis-habisan dan diperlekehkan.
- kebenaran dinafikan, hak bersuara sentiasa dikekang
- melawan akan dihukum, lantas ditangkap.
- yang kaya berkuasa, yang memimpin nak terus memimpin walau zalim.



Dua-dua, negara Islam


‘Hari ini baru aku mengerti falsafah melayu penah berbunyi kecil-kecil cili api bila besar memakan diri,itulah ungkapan yang selayaknya ku beri kepada mereka yang tidak ade hati&perasaan, menindas rakyat bawahan tampa mengira belas kasihan,suara mereka di hiasi tv atau radio bak launan ombak di sisih lautan,tetapi adakah suara seorang insan yang begelar ibu atau ayah, menagis meronta menatap kesepitan di Negara sendiri, adakah suara mereka tidak harus kita dengari?anak-anak mula terjaga dari mimpi yang panjang mula bangun memberi sumbangan walaupun mereka tahu suara mereka tidak akan di dengari oleh pihak atasan, bila petang menjelang malam anak-anak belari besama sebatang pensil untuk menulis di bagunan dan di pintu rumah الحرية yang (bermaksud kemerdekaan) ada pulak sahabat-sahabat mereka yang di tangkap dan di potong tangan tetapi mereka tidak pernah putus asa hingalah mereka bejaya.kerana mereka yakin allah besama orang yang benar’’.




‘'Hampir 2 tahun berlakunya rusuhan disyria ataupun lebih dikenali namanya dalam kalangan penduduk di Semenanjung Arab pada zaman dahulu dengan nama syam..beribu nyawa yang tidak bedosa di mamah senjata titisan air mata dan tangisan sudah puas ku dengari, umpama tiada penghujung hanya waktu dan masa sahaja bisa menentukan segalanya, musim beganti musim panas beganti salju bunga yang dulunya mekar, sekarang kian layu, hanya doa sahaja bisa merubah segalanya….moga hati ini tetap bersama mereka melihat kemenangan jatuh keriba’’



Nurkilan dari sahabat syiria (Nasuha)



Jumaat, 6 Julai 2012

Inginkan kamu menjadi salah seorang Muslimah Sejati...?


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan,
Tetapi pada kasih sayangnya sesama saudara dan insan sekelilingnya.
Pantang baginya membuka aurat dan mempamerkan kepada bukan mahramnya.
Dia sentiasa menguatkan iltizam dalam berghadul bashar,
Dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona,
Tetapi daripada lembut dan ketegasan tutur kata dalam menghunus kebenaran.
Dia yang sentiasa menjaga lisan daripada ghibah dan namimah.
Pantang baginya membuka aib saudaranya walau dipaksa.
Dia faham bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan dan percakapannya.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya ketika dia berjalan,
Tetapi daripada sikap bijaknya untuk memahami keadaan dan menjawab persoalan umat.
Dia sentiasa bersikap telus dalam membina persahabatan dengan siapa sekalipun.
Dia sentiasa merasa cukup dengan segala kepunyaannya, juga nafkah suami untuknya.
Tak pernah menuntut apa-apa yang diluar kemampuan sang suami tercinta.
Sabar adalah aura yang terpancar di wajahnya yang suci.
Sifat tawadhuk adalah pakaian yang sentiasa menjadi pelindung dirinya.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana penghormatannya kepada insan terdekat dengannya.
Tetapi dia menghormati dan menyayangi siapapun dan dimana sahaja tanpa memandang status kedudukan.
Dia yang dilihat pasti akan menyejukkan mata dan meredupkan api kemarahan.
Baiti jannati adalah impiannya dalam mengharungi kehidupan rumahtangga.
Sepenuh hati dalam menyokong perjuangan dakwah si soleh bergelar suami dengan penuh cinta.
Dalam usaha melahirkan generasi rabbani pendukung agama yang mulia.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada ramainya ikhwan yang memuji dan menaruh harapan padanya.
Tetapi dilihat pada kesungguhannya berbakti dan mencintai Allah dan kekasih agung, Rasulullah.
Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhah, apatah lagi yang diharamkan untuknya.
Muslimah terbaik ini tidak dilihat daripada betapa pandainya dia merayu dan berapa banyak dia menangis,
Tetapi dia dihormati kerana ketabahannya yang kuat dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
Setiap butir bicaranya ada pancaran kasih sayang yang tersembunyi.
Ehsannya berada di segenap tempat. Ketika di khalayak mahupun kala sendirian.


Muslimah sejati bukanlah dilihat pada merdu suaranya ketika bertilawah dan banyaknya hadis yang dihafal.
Tetapi dia dicintai kerana keteguhannya dan betapa dia istiqamah mengamalkan ilmu yang ada.
Dia sentiasa berusaha mengajarkan segala ilmunya kepada yang ingin belajar.
Al-Quran dan As-Sunah adalah warisan peninggalan yang dijaga rapi sebaiknya.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang dia miliki serta luasnya wawasannya,
Tapi dia dilihat pada ketinggian ghairahnya untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat dengan seimbang.
Ilmu yang bermanfaat adalah pegangan hidupnya dan dibawa hingga ke alam kubur.


Menjadi muslimah sejati nescaya akan membuat dirimu dicemburui oleh para bidadari syurga.
Dirimu yang solehah akan menjadi igauan bagi setiap insan yang berjiwa Rabbani.
Dirimu juga pasti menjadi taruhan bagi para pemilik roh dakwah dan jihad yang hebat.
Dirimu juga akan diinginkan oleh mereka yang tidak lalai dengan sinar gemerlap duniawi.


Inginkan kamu menjadi salah seorang Muslimah Sejati...?
Insha Allah, kamu pasti akan menjadi salah seorang mawar perindu syurga. :)


Wassalam.

Isnin, 2 Julai 2012

~MUDAHNYA MENGELUH,SUKARNYA BERSYUKUR ~


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Bersihkan hati,
Cintakan ILLAHI adalah yang terbaik untuk kita
Salutilah ia Dengan cintakan ILLAHI..
Dari mengejar CINTA yang belum Halal..


~Muhasabah Diri~