Sabtu, 24 Mac 2012

Pesanan Buat Mujahid....

Pesanan untuk lelaki. 
Ada satu pesanan penting yang saya nak bagitau pada lelaki.


 Yang saya kira sangat-sangat penting.
 Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu di hadapannya. Hatta, jangan puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu di hadapannya.


 Tambah-tambah, jangan puji jika kamu menyukainya.


 Kecuali dengan satu syarat,


 Jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah tanpa henti


. Tapi, jika tidak, JANGAN PUJI.


 Kenapa?


 Kerana wanita itu SANGAT LEMAH dengan pujian. 


 Saya mohon, jangan rapuhkan hati seorang wanita dengan pujian.
 Pujian itu menghancurkan. Membunuh kekentalan hati seorang wanita.


 Jika tak tahan sangat nak puji, pujilah depan orang lain. Jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya.
 Tolong ya.


 Wanita itu halus hatinya. Percikan pujian mampu membunga rasa, jiwa makin terjentik bila Syaitan membisik bersama. 


 Kasihanilah wanita. :')


 Dia:Awak.. Saya:Ye? 


 Dia:Kenapa awak macam bermusuh dengan lelaki? Saya:Awak tahu tak,semua orang suka dirinya disayangi & dicintai.


 Dia:Jadi,kenapa awak tak suka lelaki?Macam mana nak kahwin nanti. 


Saya:Saya tak pernah kata tak suka.Cuma,saya cinta Allah lebih.Jadi,saya akan cinta lelaki dengan redha Allah mengiringi.Jika Allah tak berkati,dan tak redha akan saya,nanti Allah tak cinta saya.Dan nanti saya akan jadi orang yang rugi.Kerana cinta Allahlah segalanya bagi saya.


 Dia:Awak tak takut terlepas lelaki kerana awak nak cinta Allah tu?


 Saya:Lelaki cuma manusia,makhluk Allah juga,yang langsung tak boleh lawan dengan Allah.If bukan jodoh kita dengan lelaki tersebut,mungkin itu bukan jodoh kita,yakinlah Allah akan beri pasangan yang sesuai dengan kita.If bukan di dunia ni,di akhirat sana. 


 Dia:Oh,jadi lelaki macam mana yang awak impikan? 


Saya:Lelaki yang juga cintakan Allah lebih dari saya. 


 Sama-sama kita fikirkan. Jangan bertindak dengan nafsu,tapi bertindaklah dengan rasa keimanan,rasa taqwa kita kepada Allah S.W.T.InsyaAllah,kita takkan menyesal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan