Ahad, 29 Januari 2012

Kisah “Kesyahidan” Generasi Muda

Abdullah mencium tangan ibundanya pada malam itu dan bersegera pergi keluar menerobos kegelapan malam di tengah bandar, walaupun ibunya berusaha mengingatkannya untuk tinggal di rumah pada malam itu kerana khuatir akan ada serangan dan bom yang jatuh menimpa dirinya, namun peringatan tersebut tidak bererti baginya. Abdullah menggenggam tangan ibunya dengan penuh rasa hormat lalu menciumnya dengan penuh kehangatan, lalu dia berkata kepada ibundanya : Bonda, jika saya tetap di sini tidur dengan nyenyak dan jiran tetangga kita melakukan itu juga sementara sahabat-sahabatku keluar berjuang dengan gagah berani… maka kenapa aku tidak boleh ikut bersama mereka sehingga aku dapatkan pasukan penjajah Israel yang berjalan di sekitar rumah kita lalu membunuhnya”… kemudian dia menambah : “Sungguh, kalau aku datang membawa syahadah… janganlah engkau bersedih… kerana yang demikian ganjarannya adalah “jinan” (syurga-syurga) bukan setakat “jannah” sahaja wahai Ummu Abdullah….
Adapun Abu Raid, kisahnya berbeza pula ; beliau menghubungi kedua anaknya yang berada di sempadan menjaga kem pertahanan bukan untuk memberikan wasiat agar mereka tenang namun justeru memberi motivasi untuk berjihad lebih kuat dan lebih banyak lagi dan memberikan bekalan dengan keimanan yang teguh. Beliau menyampaikan kepada kedua anaknya akan besarnya ganjaran syahadah dan apa-apa yang menunggu mereka… dengan penuh tsiqah dia berkata :Kita menghadiahkan kepada kaum muslimin pelajaran-pelajaran akan makna “tsabat” dan “cinta syahadah” di jalan Allah. Mereka (tentera2 Israel ) adalah perajurit yang dilindungi oleh kereta-kereta kebal yang handal dan pesawat-pesawat tempur yang canggih, sementara anak-anak kita menghadapi mereka dengan dada terbuka serta penuh keberanian dan keteguhan”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan