Khamis, 27 Oktober 2011

Khas Buatmu MUJAHIDAH....


"kerna AKU tak sehebat KHADIJAH,
Yg begitu sempurna...
Kerna AKU tak setabah RABIATUL ADAWIYAH,
Yg begitu setia dlm sengsara...
Kerna AKU jua TAK SEKUAT dan SETEGUH SARAH,
apatah lg secantik BALQIS,
malah kasihku jua tak setulus ZULAIKHA,

Lalu bantulah aku,, YA ALLAH mencari jalan pulang ke sisiMU...."

"B'jalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak slalu bahagia,
sedekahkanlah 1senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu t'luka,
b'hentilah memberikan alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dlm iman walau hari dipenuhi godaan,
& b'peganglah kpd ALLAH S.W.T. walau DIA tak kelihatan..
bukti kasihNYA,, kita wujud di dunia pinjaman ini"

"Akhi & Ukhti,,
klu menjadi MANUSIA,
jgn lah jd MANUSIA BIASA,
longgar JIWAnya, rapuh IMANnya, sempit JIWAnya..
TAPI jd lah MANUSIA YG LUAR BIASA,
gah JIWAnya, kental IMANnya, tertib SOLATnya,& AL-QURAN JUADAHnya..."

"SEANGKUH & SEHEBAT mana pun kita,
namun ke SEJADAH jua DAHI BERSUJUD..
SEINDAH & SEMAHAL mana pakaian kita,
SECARIK KAIN & SECEBIS KAPAS jua MEMBALUTI diri..
SEBESAR mana, SEINDAH & SECERAH mana ramahmu,
setulus bdn yg dlm serta GELITA jua tempat tinggalmu..
SERAMAI mana KAWANMU & TEMAN2ku tetapi TETAP kita berseorangan..
Disana AMAL IBADAT jd TEMAN kita, secantik mana rupa ini,
TULANG PUTIH jua yg tinggal.."

"... MUSLIMAH,
malumu MAHKOTA yg tidak perlukan singgahsana.. kerana ia BERKUASA MENJAGA DIRI dan NAMA ketegasanmu umpama BENTENG negara dan agama dari dirobohkan dan jua dibinasakan,

diri kita ibarat INTAN BERLIAN,,lg dijaga dan disimpan rapi, lg tinggi nilainya dan lg mahal harganya.. jgn biarkan diri kita seperti makanan yg dijual di tepi-tepi jalanan, terdedah dan dipegang-pegang dan akhirnya menjadi rosak dan basi..
MUSLIMAH,, peliharalah AURAT dan MARUAH dirimu...."

"Ukhti,,
Semoga berjaya menjadi GADIS MULIA, semulia diri MARYAM...
Semoga berjaya menjadi GADIS FAQIHAH, sebijak minda AISYAH...
Semoga berjaya menjadi WANITA TABAH, sekuat hati ASIAH...
Semoga berjaya menjadi SRIKANDI KEBANGGAAN, sehebat jiwa SUMAYYAH...
Semoga berjaya menjadi HIASAN INDAH, seanggun akhlak RABIATUL ADAWIYAH...
Semoga berjaya menjadi ISTERI SOLEHAH, setulus kasih KHADIJAH...
Semoga berjaya menjadi WANITA dan KEKASIH idaman setiap kalbu,
KECINTAAN ALLAH YANG ESA...."

Sebenarnya...hati ini cinta kpdMu....
sebenarnya..diri ini rindu kpdMu...
tapi aku..tidak mengerti..
mengapa cinta masih tak hadir...
tapi aku..tidak mengerti..
mengapa rindu belum berbunga..

sesgguhnya walauku kutip..
semua permata didasar lautan..
sesgguhnya walauku siram..
dgn air hujan dari tujuh langitMu..

namun cinta takkan hadir..
namun rindu takkan berbunga..
kucuba menghulur sebuah hadiah..kpdMu..
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri..
kucuba menyiramnya..agar tumbuh dan berbunga..
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar..


jika tidak..mengharap balasanMu..
jika tidak..menagih simpati padaMu..Ya Allah..

Tuhan..hadiahkanlah kasihMu..kpdku...
Tuhan..kurniakanlah rinduku..kpdMu...
mogaku tahu syukurku adalah milikMu....

Isnin, 10 Oktober 2011

Wanita Akhir Zaman

Mengapa semua ini terjadi???
kehancuran wanita akhir zaman ,
martabatnya kini dpandang hina,
maruah tiada terbela.

Anak gadis menjadi bahan mainan,
hamba nafsu serahkan insan durjana,
apalah daya dirimu wanita
akhirnya batinmu tersiksa,

Pilunya...rasa didalam jiwa,
hidupmu diselebungi duka,
jalan yang disangka mebawa bahagia,
derita menanti sisana......

Sedarlah!!oh,wanita dirimu,
amatlah berharga,
pertahankan maruah ,
tinggalkan lembah hina.

Kembalilah pada ALLAH.
carilah keredoanNYA,
Selagi ada kesempatan masa,
sebelum kau menemuiNYA....




                                           Sayangilah Anak .. hentikanlah penguguran!!!
                                        sedih ana melihat anak yang dianugerahkan oleh ALLAH,
                                        digugurkan begitu saja..Taubat Nasuha...

                                                                                                           dari :Ana Syarif.....

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bicara Alam...


بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan ini terasa sangat menyakitkan,
sayang engkau tak duduk di samping ku kawan,

banyak cerita yang pastinya kau saksikan,
di tanah kering bebatuan...

Tubuhku bergoncang,

dihempas batu jalanan,
hati bergetar menapak kering rerumputan,

perjalanan ini seperti jadi saksi,
gembala kecil menangis sedih.

Kawan cuba dengar apa jawabnya...
ketika ia ku tanya mengapa,
bapa dan ibunya telah lama mati,
di telan bencana tanah ini,

Sesampainya di laut,
ku khabarkan semuanya,
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam 
tetapi semua bisu.
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit,

Barangkali di sana ada jawabannya,
mengapa di tanahku terjadi bencana,
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita,
cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...


Lalu rumput membisikkan,
bayu yang berhembus menyampaikan khabar berita,
sebuah berita pilu dan sedih...buat bumi tercinta.


Bicara Alam Untuk Kita....

Mentari senja itu indah.Sebelum ia terbenam di ufuk barat,ia masih menghadiahkan senyuman ajaibnya untuk kita sehingga memukau setiap mata yang memandang,apatah lagi bagi jiwa yang menghayati...dengan sang bayu bertiup tenang di angin lalu..Tika itu,sang burung masih lagi menyanyi keriangan di angkasa dengan suaranya yang merdu...


Pabila malam yang tiba,langit pula disulami bintang-bintang yang berkelipan indah....sesiapa yang menghayatinya dengan jiwa,pasti ia tersentuh.Suara cengkerik pula menghiasi kesunyian malam dengan alunan zikirnya kepada Sang Pencipta.


Andai sang hujan membasahi bumi,di akhirnya pasti akan hadir pelangi indah di ruang angkasa.Sewaktu kecil-kecil dulu,saya selalu bercita-cita nak gapai pelangi sebab terpegun dengan indahnya sang pelangi....indah ciptaanNya,biasan hujan itu menghasilkan warna-warni sebuah pelangi untuk menceriakan kembali alam yang baru saja dibasahi sang hujan.


Itulah realitinya bicara alam pada kita...:-)

Indahnya malam kerana senyumnya sang bulan dan bintang,indahnya siang kerana sinar sang mentari dan riangnya sang burung,indahnya titisan hujan kerana kehadiran sang pelangi,indahnya hati jika sentiasa mencari keredhaan Ilahi dan menghayatinya dengan berjiwa hamba...

Berbahagialah disaat ketidak bahagiaan itu datang,kerana di saat itu kita akan semakin dewasa,kita dapat semakin bijaksana,belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri,belajar mengatasi semuanya sendiri....Jadikan diri sehebat matahari;biar segala cahaya dan haba dicurah, masih tetap unggul memberi bakti.Jadikan diri seindah permata;lebih banyak tekanan diberi,nilai diri menjadi lebih hebat dan berharga.

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja,jika semakin dibakar oleh keadaan,semakin dititik oleh cabaran dan ujian,semakin teguh dan kukuh di dalam menghadapi perjalanan hidup. Namun,seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah jika apabila diketuk oleh cabaran dan ujian,ia akan mudah berkecai dan berderai. Senyumlah walaupun seribu satu masalah menimpa kita...itulah yang dibuat oleh qudwah kita,Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.Katakan pada diri tatkala diuji,
"Alhamdulillah baik-baik saja hidup ni kerana semuanya adalah datang dari Allah.."
Pujuklah hati agar mengerti..setiap yang berlaku ada hikmah datang dari Ilahi.

Maafkan orang lain,supaya Allah SWT memuliakan kita.Cintai dan sayangilah orang lain,supaya Allah SWT juga menyintai dan menyayangi kita.Jagalah hak orang lain,supaya Allah SWT menjaga hak-hak kita.Sebagaimana yang kita lakukan pada orang lain,begitulah yang kita akan dapatkan...what you give,you get back...^_^

Setiap apa yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmahnya.Jatuh bangun,itu kehendakNya.Kejayaan kita di dunia berlaku atas keizinan dariNya...kalau tanpa izinNya kita tidak akan berjaya...dan kejayaan pasti akan datang pada insan yang sentiasa berusaha dan yang sentiasa bersikap rendah diri...itulah dinamakan kehidupan...Bila kita tidak berjaya pada hari ini,yakinlah esok lusa kejayaan pasti menjadi milik kita!Yakinlah padaNya!

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan..muhasabah bersama..Orang yang berdukacita dan bertaubat daripada dosa lebih mulia di sisiNya daripada orang yang melakukan kebaikan dalam keadaan dirinya sombong dan selalu merasa dirinya sempurna.


Kita masih mampu untuk mengukir sang rembulan di langit biarpun kadangkala gelap ia kerana hadirnya gerhana.......Kita masih mampu untuk melakar pelangi di angkasa meskipun sebelum itu hujan membasahi bumi...Kita masih mampu untuk mengukir senyuman di bibir seandai kita melangkah di dunia ini dengan berjiwa hamba....Kita hanya musafir di perjalanan,tak selamanya di sini.....nanti jejak-jejak kita di sini hanya tinggal kenangan....yang ada cuma diari takdir masa lalu yang tertulis bahawa...suatu masa dahulu kita pernah berada di sini.Jalanilah hidup ini sebagai seorang hamba...:-)