Selasa, 27 Disember 2011
~Makanan Kegemaran RASULLAH~
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum cuka dengan minyak zaitun
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Rabu, 7 Disember 2011
Apabila sedang Marah
Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.
Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan. Mereka juga mungkin menyalah tafsir gelombang marah tersebut.
Tentang Marah
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:
(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.
(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.
(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)
Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?
Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?
Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.
Diam
Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.
Istia'zah
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.
Duduk
Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)
Wudhuk
Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)
Khamis, 1 Disember 2011
Biodata Iblis..
Entry kali ini, ana nk share pulak pasal biodata iblis. Mungkin ramai yang tak kenal iblis ni sape sebenarnya...Beberapa faktor yang mendorong keimanan kepada Allah, di antaranya adalah selalu waspada terhadap musuh utama yang pernah mengeluarkan manusia pertama Nabi Adam a.s iaitu iblis terkutuk. Iblis terus mencari kesempatan untuk menggoda umat Nabi Muhammad saw., sehingga menyesatkan mereka dari cahaya Islam yang benar kepada kegelapan kufur kepada Allah.
Iblis senantiasa berusaha untuk mengantarkan manusia masuk bersamanya ke dalam api neraka. Berikut adalah “biografi” iblis dan cirri-cirinya agar manusia dapat mengenal dan selalu waspada kepadanya.
NAMA IBLIS
Abdullah bin Abbas berkata : “ Sewaktu ia bersama para malaikat namanya “Azazil (Bahasa Suryaniyah), atau Al Harits dalam bahasa Arabnya. Setelah ia membangkang terhadap perintah Allah dan diusir dari surga serta dilaknat, ia bernama Iblis.”
(Kitab Tafsir Al Qurthubi: 1/ 295).
“ Dan ( ingatlah ) tatkala Kami berfirman kepada para malaikat, ‘ Sujudlah kamu semua pada Adam!’ Lalu mereka semua sujud kecuali Iblis. Dia berkata, ‘Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?” (QS. Al Isra : 61)
KETURUNANNYA
عن سَلْمَان قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم-: لاَ تَكُن أوَّلَ مَنْ يَدْ خُلُ السُّوْقَ,وَلاَ آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا. فَفِيْهَا باَ ضَ الشَّيْطَا نُ وَفَرَخَ. ( رواه الطبرا ني)
Salman berkata, Rasulullah SAW bersabda, “ Jangalah kamu menjadi orang yang pertama kali masuk pasar, dan jangalah menjadi orang yang terakhir kali keluar dari pasar. Kerana dipasarlah syaitan bertelur dan beranak-pinak.”
(HR. Ath Thabrani).
UMUR IBLIS
Iblis berkata : “ Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka di bangkitkan!’ Allah berfirman, “ Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh”.
(QS. Al – A’raf : 14 – 15).
(QS. Al – A’raf : 14 – 15).
JIN ITU MATI
Hanya Iblis yang diberi tangguh dan dispensasi umur panjang sampai hari kiamat oleh Allah SWT
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ – رصي الله عنهما – أنَّ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم– كَانَ يَقُوْلُ : أعُوْذُ بِعِزِّتِكَ الَّذِيْ لاَإِلَهَ إِلاَّأنْتَ,الَّذِيْ لاَ يَمُوْ تُ, وَالْجِنُّ وَالإنْسُ يَمُوْ تُو نَ (رواه البخار)
Ibnu Abbas Berkata, Rasulullah SAW berkata dalam do’anya, “ Aku berlindung kepada kemuliaan – Mu yang tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) selain Engkau, yang tidak mati, sedangkan jin dan manusia akan mati.” (HR. Bukhari, No. 6835).
AGAMA IBLIS
K E K U F U R A N
JABATAN IBLIS
PEMIMPIN AHLI NERAKA
SINGGASANA IBLIS
عَنْ جَا بِرٍ, قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ – صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَقُوْ لُ : إِنَّ عَرْشَ إِبْلِيْسَ عَلَى الْبَحْرِ, فَيَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَيَفْتِنُونَ النَّاسَ. فَأعْظَمُهُمْ عِنْدَهُ, أعْظَمُهُمْ فِتْنَةً. ( رواه مسلم )
Jabir bin Abdullah berkata, “ Saya mendengar Rasulullah Bersabda, ‘ Sesungguhnya singgasana Iblis itu di lautan, dari situ ia mengutus balatentaranya untuk menggoda manusia. Tentera yang paling tinggi darjatnya disisinya adalah yang paling dasyat godaannya.”
(HR. Muslim, No. 5031)
(HR. Muslim, No. 5031)
Dalam Riwayat Lain. Abu Said al Khudri berkata, Rasulullah pernah bertanya kepada Ibnu Shaid (seseorang yang diindikasikan oleh para Sahabat sebagai Dajjal ), “ Apa yang sedang kamu lihat?’ Ia menjawab, ‘ Saya melihat singgasana di lautan yang dikelilingi ular-ular.’ Rasulullah menimpali, ‘ Ia sedang melihat singgasana Iblis’.” ( HR. Ahmad, No. 11203 )
TEMPAT KESUKAAN IBLIS
T O I L E T
عَنْ زَيْدِ بْنِ أرْقَمٍ – رضي الله غنه – قَا لَ : قَا لَ رَسُوْلُ الله – صلىالله عليه وسلم - : إِنَّ هَذِ هِ اْلحَشُو شَ مُحْتَضِرَةٌ, فَإِ ذَا أتَى اَحَدُ كُمْ الْخَلاَءَ, فَلْيَقُلْ : أعُوْذُ باِ للهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ.
( رواه أحمد وابو داود وصححه الأ لبا ني )
Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya tempat buang kotoran ( toilet ) suka ditempati syaitan. Maka dari itu, apabila salah seorang dari kalian memasukinya hendaklah membaca : "Aku berlindung kepada Allah dari (kejahatan) syaitan lelaki dan syaitan perempuan.”
( HR. Ahmad, Abu Daud dan dishahihkan sheikh Al Albani ).
SARANG IBLIS
Ibnu Abbas berkata ; “ Syaitan itu mendekam dalam hati manusia, apabila ia lalai maka ia akan melakukan gangguan (was-was), tetapi bila ia berdzikir maka maka syaitan itu akan lari.”
(Kitab Tafsir Ibnu Katsir : 4 / 576).
(Kitab Tafsir Ibnu Katsir : 4 / 576).
TENTERA IBLIS
Manusia yang tidak mau taat kepada Allah SWT
يَا أبَا ذَ رٍّ, تَعَوَّذْ بِا للهِ مِنْ شَرِّ شَيَا طِيْنِ اْلإِنْسِ وَالْجِنِّ! قُلْتُ : يَا رَسُوْ لَ الله, وَلِلْإِنْسِ شَيَا طِيْنُ؟ قَالَ : نَعَمْ (رواه أحمد)
“ Wahai Abu Dzar! Mohonlah perlindungan kepada Allah dari ( kejahatan ) syaitan manusia dan syaitan jin.” Lalu Abu Dzar bertanya, ‘ Ya Rasulullah, apakah ada syaitan manusia?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya.’
( HR. Ahmad, No. 20566 )
( HR. Ahmad, No. 20566 )
KEKUATAN IBLIS
Firman Allah SWT : “ Maka perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah.”
(QS. An Nissa’ : 76).
(QS. An Nissa’ : 76).
SEKUTU IBLIS
T H A G H U T
MODAL IBLIS
Angan-angan kosong dan Janji- janji Palsu
“ Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Padahal syaitan tidaklah menjanjikan sesuatu kepada mereka selain tipuan belaka.”
(QS. AN Nissa : 120)
(QS. AN Nissa : 120)
SENJATA IBLIS
TAZYIN DAN NAFSU
“ Tidak sempurna iman seseorang, sampai hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (Al Qur’an dan Hadits).”
(HR. Hakim)
(HR. Hakim)
STRATEGI BUSUK IBLIS
( Pujukan orang-orang munafiq itu adalah ) seperti ( bujukan ) syaitan ketika dia berkata kepada manusia : “ Kafirlah kamu “, maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata, ‘ Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam.”
( QS. Al Hasyr : 16 ).
( QS. Al Hasyr : 16 ).
MOTTO HIDUP IBLIS
TIADA HARI TANPA KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN
MISI HIDUP IBLIS
MENYESATKAN SEMUA HAMBA ALLAH SWT
HOBI IBLIS
Allah SWT berfirman : “ Syaitan menjanjikan ( menakut-nakuti ) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ( kikir ); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas ( Kurnia-Nya ) lagi Maha Mengetahui.”
(QS. Al Baqarah : 26)
(QS. Al Baqarah : 26)
LABORATORIUM IBLIS
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, “ Barangsiapa yang buang hajat
( air besar ), hendaklah menimbunnya. Jika ia tidak menemukan kecuali menguruknya dengan pasir, hendaklah ia melakukannya. Kerana syaitan sangat suka bermain dibekas buang hajatnya anak adam. Barangsiapa yang dapat melakukan hal itu, maka ia telah melaksanakan kebaikan."
(HR. Abu Daud, No. 32)
( air besar ), hendaklah menimbunnya. Jika ia tidak menemukan kecuali menguruknya dengan pasir, hendaklah ia melakukannya. Kerana syaitan sangat suka bermain dibekas buang hajatnya anak adam. Barangsiapa yang dapat melakukan hal itu, maka ia telah melaksanakan kebaikan."
(HR. Abu Daud, No. 32)
ALAT KOMUNIKASI IBLIS
NAMIMAH ( adu domba ) & TAJASSUS ( mencari-cari kesalahan orang )
عن أبي وائل, أنه بلغه أن رجلا ينم الحديث. فقال حذيفه : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : لا يدخل الجنة نمام.
(رواه مسلم )
(رواه مسلم )
Abu Wail berkata bahwa ada seorang laki – laki yang melakukannamimah (adu domba). Lalu Hudzaifah ( sahabat Rasulullah ) berkata, “ Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, “ Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim)
LUKISAN KESAYANGAN
Tato
KEHEBATAN
1. Menegakkan kebatilan
2. Menamakan Maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan Ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalangi manusia dari kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat
2. Menamakan Maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan Ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalangi manusia dari kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat
KELEMAHAN
1. Tidak berdaya di hadapan orang yang ikhlas
2. Tidak sanggup menghadapi orang yang berilmu
3. Lari dari suara adzan
4. Lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah
5. Menyingkir dari orang yang berzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah
BIODATA RINGKAS
Namanya adalah iblis.
Negerinya adalah hati manusia yang lalai dari berzikir.
Keluarganya adalah para thaghut (tuhan-tuhan selain Allah)
Tempat tinggal abadinya adalah neraka Jahannam, tempat kembali terburuk.
Pangkatnya adalah fasik peringkat pertama.
Tujuannya, tempat-tempat yang tidak disebutkan nama Allah.
Perjalanannya selalu bengkok.
Modalnya adalah angan-angan.
Majelis kajiannya adalah pusat-pusat perbelanjaan.
Musuh perjalanannya adalah umat Islam.
Dalil dan bukti-buktinya adalah fatamorgana.
Lambang amalannya adalah kemunafikan.
Pakaian bekerjanya adalah semua warna, seperti al-harbayang mempunyai warna pada setiap tempatnya.
Istrinya adalah wanita yang berpakaian namun telanjang.
Dia sangat mencintai orang-orang yang tidak berzikir.
Dia akan terganggu dengan bacaan istigfar.
Tulisan-tulisannya adalah tato.
Rumahnya adalah tempat-tempat limbah dan kotoran.
Sifatnya tidak jelas (mudzabdzib), sesuai kemaslahatan.
Awal munculnya karena enggan sujud kepada Adam a.s..
Teman-temannya adalah kaum munafik.
Sumber rezekinya adalah harta haram
Ruang praktiknya, tempat-tempat najis dan maksiat.
Khidmah (kerjanya), amar munkar dan nahi mungkar
Agamanya adalah kekafiran.
Tugasnya adalah memimpin orang yang dimurkai Allah dan yang tersesat (Yahudi dan Nasrani).
Masa tugasnya (kerja) sampai hari Kiamat.
Tujuan perjalanannya adalah neraka.
Laba dagangannya adalah kerugian yang nyata.
Teman perjalanannya adalah setan, jin, dan manusia.
Teman kerjanya adalah orang yang tidak bisa mengatakan kebenaran.
Tunggangannya adalah dusta.
Ganjarannya adalah dosanya dan dosa hambanya.
Media komunikasinya adalah ghibah, mengadu domba, dan najis.
Makanan idolanya adalah daging-daging manusia yang sudah mati (ghibah)
Dia takut kepada orang yang beriman dan bertakwa.
Dia benci terhadap laki-laki dan perempuan yang selalu mengingat Allah.
Pertahanan dan tipu dayanya lemah, “Sesungguhnya tipu daya setan sangatlah lemah.”
Buruannya adalah para wanita.
Hobinya adalah merayu dan menyesatkan.
Cita-citanya adalah mengafirkan semua manusia.
Kebinasaannya adalah pada hari Kiamat.
Perbuatan mulianya adalah homoseksual dan lesbian.
Kunci rahasia bagi para pengikutnya adalah egoisme, ucapan bagi orang yang
sombong.
Penyanyinya adalah para seniman dan seniwati
Yang membuatnya menangis adalah bertambahnya orang yang sujud kepada Allah.
Lari terbirit-birit saat mendengar bacaan Al-Qurán.
Wallahu 'aklam bissowaf....smg bermanfaat...
Wallahu 'aklam bissowaf....smg bermanfaat...
Langgan:
Catatan (Atom)