Selasa, 15 Januari 2013

~Warkah bisu hanya dalam doaku ~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bercinta sama insan bukanlah pilihanku,
kerna akan datangnya pemainan syaitan dan hawa nafsu semata,
sahabat ,sabarlah menanti..insyaALLAH ia pasti akan datang ..
,
Maafkan diri ini,tidak bisa bicarakan rasa cinta,kerna cinta bukanlah pada insan yang tidak begelar suamiku yang sah
maafkan diri ini kerna terpaksu tipu,kerna ku tidak  mahu sahabat menunggu dengan tangisan,
kerna aku inginkan engkau sentiasa fikirkan ALLAH dan RASULLAH .
Namun hakikatnya bukanlah diri ini yang engkau hendak fikirkan..

Sahabat gunalah masa dengan sebaiknya,menjadi seorang insan yang bertaqwa untukNYA,
,Bukanlah menjadi seorang yang bertaqwa untuk seorang kekasih ..

KASIHKU ALLAH,KASIHKU RASULLAH.

cinta kepada ALLAH,Cinta RASUL cinta IBUBAPA..


.


Simpanan batinku hampir terbelah,
antara iman dan nafsu aku berjuang,
Hanya dalam bisikan doaku,

I will never ask Allah why He allows this to happen. I fear that He would ask me the same question..Jangan Memaksa dirimu jika kamu tidak mampu untuk merubah sesuatu keadaan menjadi seperti yang kamu inginkan...Sudah cukup cukup  dirimu sebagai korban demi membuat orang lain bahagia...Dengan Memaafkan kamu mampu melalui hidup dengan senyuman yang tenang...




Selasa, 4 September 2012

Dibalik Musafirku dibumi anbiya Mesir


                                              ~ Mesir ~







Selangakah demi selangkah,masa sudah pun berlalu,
Ramadan telah pergi meninggalkan kita,moga kali ini puasa penuh bermakna buat seorang hambaNYA,

~ Aku menulis untuk becerita besma tinta dan pena,berbahagia besama bekongsi cerita damai di hati dan jiwa,Warkah bisu jadi tatapan,menjadi bukti dakwah bejalan untuk mencapai segala impian,terpatri sudah sebuah ikatan,setitik cinta kita merasa,moga terungkap segala rahsia,disebalik takbir hati dan jiwa,tamsilan dakwah didunia,besama kecapi bahagianya syurga..


~ Alhamdulilah akhirnya ana smpai di tanah anbiya(Mesir) ,Qiblat ilmu dijadikan sebagai teladan,muhasabah diri buat kita semua agar kita bisa memahami apa yang tersirat dan tersurat,bila sahabat datangnya dimesir sahabat akan mengerti atas segalanya yang tersurat indah di bumi anbiya mesir,Pada mulanya ana hnya mendengar kata-kata mereka sahabat yang belajar di mesir,Namun,sangkaan shabat yng belum smpai dimesir tidak sma sekali benar,bila kita smpainya dimesir insyaALLAH kita bisa rasa nikmat anugerah ALLAH beri pada kita,dan kita akan memahami atas seglanya..saya beharap sahabat jauhi dari sangkaan buruk dimanapun kita berada.Kerna kita adalah seorang hmba yang dhaif dan tidak bisa menjadi insan yang sempurna seperti RASULLAH.

~ Apa yang ingin diri ini tahu semuanya sudah tersirat ,Ukhwah yang indah besama sahabat tercinta di mesir walaupun hanya  5 hari besamanya shabat disini,banyak yang perlu dipelajari..muhsabah diri buat hamba yang kerdil ini..

                                                                                                         ~Musafir Kasih  Syarifah Aseri~

~"satu dahan yg patah akan terbit darinya beberapa dahan yg baru lagi untuk menyambung perjuangannya.. begitulah sesegarnya perjuangan kita di bumi al-azhar"

mudah2an dibumi anbiya' itu kita akan memperoleh sesuatu yg xpernah kita peroleh selama ini dan akan sentiasa meningkatkan sesuatu yg kita xtahu sebelum ini..

bumi yg bakal mentarbiah kita serta disitu terdapat segala seribu mehnahnya..moga kita suma tsabat dalam mencari ilmu Allah.. Allahumma ameen..     

                                                                                                                                                            ~ khazinatul Asrar (yusairah )


                                                                                                                                                         شريفة 

Isnin, 6 Ogos 2012

Besandar menahan lelah,lewat RAMADAN ini,sekeras dinding kusandar..



Bismillahirahmanirrahim.... Assalamualaikum,sedikit coretan kisah yang benar..hanya sekadar ringkasan ingin ku kongsikan pada sahabat: Muhammad tergerak hati,lalu terus talefon shabatnya yg pernah bermusafir di Mekah Al.Mukarramah.. 


Muhammad:assalamualaikum shabat apa khbr ,lma tdk dgr khbar..

Hamba Allah: Wa'alaikumussalam alhamdulilah ana baik2 aja.. 


Muhammad: anta buat apa sekrg?

Hamba Allah :ana sekrg sudh berhenti di berkerja disebbkn kerja tanpa gaji ana tdk mampu untuk mnyara anak dan isteri ana,dan sekrg ana mengutip botol dijalanan agar bisa memberi anak dan isteri dapat makan sekdr sesuap nasi untuk mereka..

Muhammad: ya Allah!maafkan ana,ana tidak tahu apa yang terjadi pada anta..InsyaAllah ana ada sekdikit wang ana akan kirimkn pada shabat.

Hamba Allah:Terima kasih ya sahabt kerna memberi hadiah padaku,isteriku serta anakku untuk bekalan sahur esok..Aku redha dengan semua ini kerna semua itu ada hikmahNya dariku..ada yng lebih berat lgi ujian mereka yg lain berbanding diriku ini..Walapun ku,kais petang mkn petng kais pgi mkn pgi...



~ sedikit coretan dariku akan kisah benar yang benar seorang hamba Allah pada dulunya dia adalah seorang yang lama di syarikat itu lalu disebabkan keewangan syarikat merosot tanpa bayaran gaji diberikn padanya,dia terpaksa berhenti kerna tidak mampu lgi,kerna itulah ia mengutip botol untuk bekalan anak dan isterinya..Disini apa yang ana nk katakan sma2lah kita susah senang bersama usahlah kita mahukan kemewahan sehinngga lupa akan mereka yg memerlukan makanan untuk sesuap nasi agar bisa hidup didunia ini,sahabat,janganlah kita hnya mencari kebahagiaan..Gunalah nikmat yang Allah beri dengan sebaik2nya,lalu janganlah lebihi nikmat yang diberinya,cukuplah sekadar sederhana,Berilah sedikit sedekah jariah pada yg memerlukan..Ikhlas kerna Allah dengan setiap amalan yg kita lakukan dimulakn dengan nawaitu..Jazakkalah khairan kassir..

Jumaat, 20 Julai 2012

PUASA: - Ikhlas kerana Allah - Menepati Syara' dan Adab


PUASA:
- Ikhlas kerana Allah
- Menepati Syara' dan Adab

IKHLAS-
"Setiap amalan ketaatan yang dilakukan mungkin sahaja diterima-NYA atau sebaliknya. Ini bergantung kepada ketaqwaan si pelaku terutamanya saat melaksanakan sesuatu ketaatan. Roh kepada amal adalah IKHLAS."

"Tidak melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah RIAK & melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah SYIRIK. Manakala IKHLAS adalah yang berada di antara keduanya yang diberi taufiq hidayah oleh ALLAH SWT."



Apa itu IKHLAS?
Dari segi bahasa, ertinya murni, suci & tidak dinodai apa-apa kotoran.
Dari segi syariat, memaksudkan suatu ibadah itu hanya kerana ALLAH SWT.

Tanda-tanda ikhlas :
- tiada perubahan dalam hati jika dipuji atau dicaci.
- tidak anggap amalan yang dilakukan banyak, hebat atau besar.
- hanya mengharapkan ganjaran dari Allah

Rukun ikhlas ada 3 (menurut Imam Ghazali rahimahullah) :
* Niat yang baik - niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalnya.
* Hakikat - tidak disertai dengan niat-niat lain walaupun baik. Hanya kerana-NYA !!!
* Kesempurnaan - iaitu azam atau kesungguhan yang dibuktikan melalui pratikal atau perbuatan.

SYARA' ->
* Tahu hukum hukum serta syarat-syarat puasa.

ADAB ->
* Ketika berbuka - disunatkan berbuka dengan kurma (makan kurma biar ganjil bilangannya 1, 3, 5 dan seterusnya), jika tiada kurma berbuka dengan benda manis atau tiada juga berbuka dengan air kosong. Segerakan berbuka. Dan diwaktu berbuka inilah waktu mustajabnya doa. Digalakkan menyediakan juadah berbuka/sahur untuk orang lain.

* Ketika bersahur - Masuk waktu sahur ialah pertengahan malam. Seeloknya kita melewatkan waktu sahur. Waktu afdal sahur ialah kira-kira dibaca 50 ayat al-Quran sampai ke masuk waktu Subuh (30 minit sebelum waktu Subuh lebih kurang).

* Membaca Al-Quran - Usahakan membaca walaupun sedikit, afdal jika dapat khatam Quran dalam bulan Ramadhan ini. InsyaAllah. ( Baca dalam keadaan berdiri dicatat 100 kebaikan, duduk 50 kebaikan, dalam keadaan bersugi 25 kebaikan, tidak bersugi 10 kebaikan)

* Bersedekah - banyakkan bersedekah dibulan yang mulia ini

* Usaha cari Lailatul Qadar - berazam dan bersungguh dalam mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan ini. Bacalah doa للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

* Menjaga Lisan, Pandangan, Penglihatan, Kaki dan Tangan (Hal Yang Penting Sekali Dalam Berpuasa) - Antara perkara yang membatalkan ganjaran puasa ialah berdusta, mengadu domba, mengumpat, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan rasa syahwat.

* Mengingati bahawa Ramadhan adalah kurniaan terbesar Allah kepada kita. - Bilamana seseorang yang berpuasa itu diam dikira seperti dia sedang bertasbih, bila tidur dikira satu ibadah dan banyak lagi kelebihan yang Allah janjikan buat orang-orang yang berpuasa.

~ Berikut adalah diantara hadis berkenaan Ramadhan~

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam (tarawih) Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada". 
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”. (HR al-Tirmizi)

Nota Hujan Kasih Illahi
Assalamualaikum. Dikesempatan ini saya ingin meminta maaf dari semua pihak dan juga sahabat-sahabat semua sama ada di FB atau diluar sana, sekiranya ada kesalahan dan kekhilafan dari diri ini mohon dimaafkan. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa penuh penghayatan dan pengertiaan buat kita semua. Selamat berpuasa dan selamat beribadah dan meningkatkan amalan didalam bulan mulia ini. InsyaAllah

Pic By :Retrowan Sufi n Musafir Kasih..
authored by:Hujan Kasih Illahi

Sabtu, 14 Julai 2012

Indahnya Bila bertudung..

Anugerah ALLAH buatmu Ukhti,
Moga ia menjadi anak yang solehah,
Moga ukhwah yang dibina terjalin hingga ke syurga Firdausi..Amin ya Rabbal A'lamin ...









Isnin, 9 Julai 2012

Dibalik coretanku buat sahabat Dimedan Perjuangan ~Syiria~

Ya Allah berikanlah kekuatan pada mereka yang berada di syam,
Mereka terus bejuang tanpa merasa lelah,Mereka terus bangun dan terus bangun,
Setiap hari dipanahi dengan senjata ,anak2 mereka,wanita yng lemah dibunuh,
Buat sahabat yang berada dimedan perjuangan syiria:


Berjuang tidak pernah senang,
ombak derita tiada henti,
Tenang tegang silih berganti,
inilah sunnah orang berjuang,

Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa air mata,
siangnya bagai singa di rimba,

Berjuang memg pahit,
kerna syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Biar kakiku terasa lemah ,
ku pasti bejuang kerna ALLAH..

Mereka disna merasainya,mereka dapat merasai atas kedengaran bom setiap hari,
merasai gegaranny bom merasai ia semakin hampir dimedan ilmu mereka,Namun tiada siapa yang tahu mereka disna didlm kesempitan kedai tutup bekalan semkin kurang,namun mereka tetp besyukur mereka msih ada bekalan dariNYA cukuplah sekadar hilangkan dahaga...Segalanya Rahsia ALLAH apa yang mereka rasai setiap saat mereka disna sehinggalah datangnya kekasihnya iatu Ramadan..

Sabtu, 7 Julai 2012

Air Mata Syiria

Sham adalah kanak-kanak termuda di Syria !!! Beliau baru berumur 10 jam sebelum meninggal dunia..


                         الفتاة الصغيرة شام ... من أصغر شهداء سوريا ... عمرها 10 ساعات فقط

             Sham is one of the youngest baby in Syria !!! just she has 10 hours age before she has been killed


Di Syria: 
- lelaki tua dan muda dibunuh
- wanita-wanita lemah dan kanak-kanak dibunuh
- pejuang kebenaran digari dan dipijak-pijak, dipukul, ditumbuk ditendang sesuka hati.
- kebenaran dinafikan, hak bersuara cuba dihapuskan
- melawan akan dihukum, lantas dibunuh!
- yang kaya berkuasa, yang memimpin nak terus memimpin walau zalim.





Di Malaysia:
- iman remaja lelaki dan pemuda-pemuda dibunuh perlahan-lahan

- iman remaja perempuan dan pemudi2 dikikis perlahan-lahan
- yang mana berjuang demi kebenaran akan dihentam habis-habisan dan diperlekehkan.
- kebenaran dinafikan, hak bersuara sentiasa dikekang
- melawan akan dihukum, lantas ditangkap.
- yang kaya berkuasa, yang memimpin nak terus memimpin walau zalim.



Dua-dua, negara Islam


‘Hari ini baru aku mengerti falsafah melayu penah berbunyi kecil-kecil cili api bila besar memakan diri,itulah ungkapan yang selayaknya ku beri kepada mereka yang tidak ade hati&perasaan, menindas rakyat bawahan tampa mengira belas kasihan,suara mereka di hiasi tv atau radio bak launan ombak di sisih lautan,tetapi adakah suara seorang insan yang begelar ibu atau ayah, menagis meronta menatap kesepitan di Negara sendiri, adakah suara mereka tidak harus kita dengari?anak-anak mula terjaga dari mimpi yang panjang mula bangun memberi sumbangan walaupun mereka tahu suara mereka tidak akan di dengari oleh pihak atasan, bila petang menjelang malam anak-anak belari besama sebatang pensil untuk menulis di bagunan dan di pintu rumah الحرية yang (bermaksud kemerdekaan) ada pulak sahabat-sahabat mereka yang di tangkap dan di potong tangan tetapi mereka tidak pernah putus asa hingalah mereka bejaya.kerana mereka yakin allah besama orang yang benar’’.




‘'Hampir 2 tahun berlakunya rusuhan disyria ataupun lebih dikenali namanya dalam kalangan penduduk di Semenanjung Arab pada zaman dahulu dengan nama syam..beribu nyawa yang tidak bedosa di mamah senjata titisan air mata dan tangisan sudah puas ku dengari, umpama tiada penghujung hanya waktu dan masa sahaja bisa menentukan segalanya, musim beganti musim panas beganti salju bunga yang dulunya mekar, sekarang kian layu, hanya doa sahaja bisa merubah segalanya….moga hati ini tetap bersama mereka melihat kemenangan jatuh keriba’’



Nurkilan dari sahabat syiria (Nasuha)