Jumaat, 20 Julai 2012

PUASA: - Ikhlas kerana Allah - Menepati Syara' dan Adab


PUASA:
- Ikhlas kerana Allah
- Menepati Syara' dan Adab

IKHLAS-
"Setiap amalan ketaatan yang dilakukan mungkin sahaja diterima-NYA atau sebaliknya. Ini bergantung kepada ketaqwaan si pelaku terutamanya saat melaksanakan sesuatu ketaatan. Roh kepada amal adalah IKHLAS."

"Tidak melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah RIAK & melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah SYIRIK. Manakala IKHLAS adalah yang berada di antara keduanya yang diberi taufiq hidayah oleh ALLAH SWT."



Apa itu IKHLAS?
Dari segi bahasa, ertinya murni, suci & tidak dinodai apa-apa kotoran.
Dari segi syariat, memaksudkan suatu ibadah itu hanya kerana ALLAH SWT.

Tanda-tanda ikhlas :
- tiada perubahan dalam hati jika dipuji atau dicaci.
- tidak anggap amalan yang dilakukan banyak, hebat atau besar.
- hanya mengharapkan ganjaran dari Allah

Rukun ikhlas ada 3 (menurut Imam Ghazali rahimahullah) :
* Niat yang baik - niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalnya.
* Hakikat - tidak disertai dengan niat-niat lain walaupun baik. Hanya kerana-NYA !!!
* Kesempurnaan - iaitu azam atau kesungguhan yang dibuktikan melalui pratikal atau perbuatan.

SYARA' ->
* Tahu hukum hukum serta syarat-syarat puasa.

ADAB ->
* Ketika berbuka - disunatkan berbuka dengan kurma (makan kurma biar ganjil bilangannya 1, 3, 5 dan seterusnya), jika tiada kurma berbuka dengan benda manis atau tiada juga berbuka dengan air kosong. Segerakan berbuka. Dan diwaktu berbuka inilah waktu mustajabnya doa. Digalakkan menyediakan juadah berbuka/sahur untuk orang lain.

* Ketika bersahur - Masuk waktu sahur ialah pertengahan malam. Seeloknya kita melewatkan waktu sahur. Waktu afdal sahur ialah kira-kira dibaca 50 ayat al-Quran sampai ke masuk waktu Subuh (30 minit sebelum waktu Subuh lebih kurang).

* Membaca Al-Quran - Usahakan membaca walaupun sedikit, afdal jika dapat khatam Quran dalam bulan Ramadhan ini. InsyaAllah. ( Baca dalam keadaan berdiri dicatat 100 kebaikan, duduk 50 kebaikan, dalam keadaan bersugi 25 kebaikan, tidak bersugi 10 kebaikan)

* Bersedekah - banyakkan bersedekah dibulan yang mulia ini

* Usaha cari Lailatul Qadar - berazam dan bersungguh dalam mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan ini. Bacalah doa للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

* Menjaga Lisan, Pandangan, Penglihatan, Kaki dan Tangan (Hal Yang Penting Sekali Dalam Berpuasa) - Antara perkara yang membatalkan ganjaran puasa ialah berdusta, mengadu domba, mengumpat, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan rasa syahwat.

* Mengingati bahawa Ramadhan adalah kurniaan terbesar Allah kepada kita. - Bilamana seseorang yang berpuasa itu diam dikira seperti dia sedang bertasbih, bila tidur dikira satu ibadah dan banyak lagi kelebihan yang Allah janjikan buat orang-orang yang berpuasa.

~ Berikut adalah diantara hadis berkenaan Ramadhan~

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam (tarawih) Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada". 
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”. (HR al-Tirmizi)

Nota Hujan Kasih Illahi
Assalamualaikum. Dikesempatan ini saya ingin meminta maaf dari semua pihak dan juga sahabat-sahabat semua sama ada di FB atau diluar sana, sekiranya ada kesalahan dan kekhilafan dari diri ini mohon dimaafkan. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa penuh penghayatan dan pengertiaan buat kita semua. Selamat berpuasa dan selamat beribadah dan meningkatkan amalan didalam bulan mulia ini. InsyaAllah

Pic By :Retrowan Sufi n Musafir Kasih..
authored by:Hujan Kasih Illahi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan