Jalannya dituntun, air wudhuknya ditolong ambilkan. Ketika itu hanya linangan air mata mengiringi saya tetapi terpaksa saya sorokkan untuk membuktikan pada ayah bahawa saya kuat dan saya gagah ketika ayah ditimpa ujian. Saya kena gagah saya kena tabah.
Tiba-tiba, pada suatu pagi ayah memanggil saya, katanya pening kepala yang teramat dan saya memegang kaki ayah, terlampau sejuk dan kekuningan, saya mula sebak dan lantas saya memicit-micitkan kepala ayah dengan sepotong ayat dengan harapan dan doa bahawa saya yakin bahawa Allah tidak akan menguji sekiranya saya tidak mampu menghadapinya. Allah.
Buat anak-anak, sayangilah kedua ibu-bapa kita sementara mereka masih bernyawa. Entah esok, entah lusa kita dipanggilNya. Ingin sahaja kita berbakti buat mereka. Benar, perasaan rindu itu semakin membuak-buak. Doa supaya ma dan ayah sihat tidak pernah lekang dari bibir. Semoga mereka di kampung halaman dilindungi dan diredhai Allah selalu. Rindu! :(
Semoga ma dan ayah sihat dan dimurahkan rezeki selalu.
Moga masih punya waktu untuk diri ini berbakti buat kesekian kalinya.
# Mata berkaca-kaca, rindu keluarga #
Tiada ulasan:
Catat Ulasan