Isnin, 8 Ogos 2011

Pejuangan besama HPA

Disini ana ingin ceritakan sedikit coretan selama ayah ana besama HPA




Anak kelahiran Felda Lubuk Merbau,Kedah..bemulanya kerjaya sebagai polis pada tahun 1984.keperitan sebagai anak kampung yang seba kekurangan  dan kepayahan ,terpaksa meninggalkan kampung halaman ,mengorak langkah ke Pusat Latihan Polis(PULAPOL) di jalan Gurney Kuala lumpur.Kemiskinan dan desakan hidup dalam sebuah keluarga besar sebagai penoreh getah juga menyebabkan ayah ana (Mohamad Aseri) meninggalkan alam pesekolahan terlebih awal walaupun pada ketika itu ayah ana antara pelalajar cermerlang yang mencapai keputusan terbaik SPM..
setelah tamat latihan,ayah ana memulakan kejayanya polis pda thun 1984 di Balai Polis ,Balik Pulau,p.pinang.ayah ana mula mengenali HPA sekitar tahun 1997 apabila Haji Ismail wan Teh
memperkenalkan HPA dimasjid .minat dan kecenderungan kepada pejuangan HPA....Ayah ana pernah terlibat dalam perniagaan skim cepat kaya yang mengetengahkan sistem saham.Namun,semua itu ditinggalkan kerna menyimpang jauh dari landasan islam yang sebenar....


Pada peringkat awal,iaitu sekitar 8 tahun yang pertama ayah ana hanya sekadar menjadi pengguna dan membina kecil2lan rangkaian ahli keluarga kami bersama...Namun sedikit demi sedikit,rangkaian terbina bercambah dan lahir di P.Pinang dan sekitar seberang Perai..


Sekitar tahun 2005 ayah ana (PJS Mohamad ASERI) menggorak langkah kejaya ini  dengan penuh keyakinan menganjurkan ''home party'' kerumah2 ..ana masih ingat lgi ketika besma ayah dan umi tercinta  pergi halaman kampung untuuk membantu umat islam dengan produk yang halal tanpa was2 100 peratus..
Alhamdulilah dan kini top 10 HPA 2008..Tanggal 01 januari 2009 ayah ana bebas dari kerjaya sebagai anggota polis dengan rasminya meletakkan jawatn setelah 25 tahun berkhitmat untuk negara dan berazam besma HPA







UNTUK PENGETAHUAN SAHABAT 


HPA ana sangat respek kerna setiap staf  HPA mengambil wuduk sebelum bemulanya kerja..
sembahyang Dhuha,dan juga membaca Al.quran..ana juga pernah berkerja di HPA.
cukup menarik hati ana...dengan pakaian  muslimah yang sempurna..dan juga tidak boleh mekap,staf hendaklah menutup aurat..


Disini marilah kita sertai HPA ,membantu umat islam..sebenarnya banyak makan yang berunsurkan khinzir..maka,pekalah dalam setiap pembelian..JANGANLAH memasuki benda yang haram dibadan kita...


GUNALAH PRODUK HPA DAN KINI BANYAK BARANG HARIAN UNTUK KITA...
                                               




                                                                                                                                  by,
                                                                                                                                  Sy@r!f@h 

Sabtu, 6 Ogos 2011

Lailatul Qadar

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul al-Qadar. Dan, tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3) 


Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu dengan yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah saw.

Selain dikenali sebagai bulan puasa dan bulan beribadat, Ramadan dipanggil juga bulan penurunan al-Quran (Nuzul Quran), seperti diterangkan dalam firman Allah bermaksud: 

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan serta perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah:185)

Pada ayat pertama surah al-Qadar menerangkan al-Quran diturunkan pada Lailatul al-Qadar, iaitu malam kemuliaan dan kebesaran-saling berkait di antara Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar.

Justeru, dapat disimpulkan Lailatul al-Qadar itu ialah satu malam daripada bulan Ramadan. Tetapi apakah sebenarnya Lailatul Qadar, bila tarikh yang tepat dan apa kelebihannya?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata ‘lailah’ itu bermaksud malam, manakala al-Qadar ialah ketentuan (nasib, ajal, rezeki dan jodoh pertemuan ditentukan).

“Jadi apabila dirangkaikan sebagai Lailatul Qadar bermaksud Malam Ketentuan dan pada malam ini malaikat diketuai Jibril turun ke bumi. Ada sesetengah mengatakan sebanyak 70,000 malaikat.

“Di sini juga dapat difahami Jibril tugasnya bukan setakat menyampaikan wahyu, bahkan setahun sekali pada Ramadan turun ke bumi,” katanya, sambil menjelaskan maksud ayat 4 dan 5 surah al-Qadr:

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” 

Malam al-Qadar disifatkan sebagai malam yang berkat. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. (Maksud ad-Dukhan:3)

Disebabkan mulianya malam al-Qadar Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan amal ibadat.

Ini diterangkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw sabdanya (bermaksud): “Sesiapa menghayati malam al-Qadar dengan mengerjakan solat (dan ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih, Riwayat Bukhari).

Ibadat lain yang boleh dilakukan ialah membaca al-Quran, berzikir, beristighfar (memohon ampun), bertaubat dan berdoa.

Zamihan berkata, kelebihan malam al-Qadar bermula pada solat Maghrib, seterusnya Isyak (berjemaah) sehingga Subuh dan ibadat yang menjadi pengisian sepanjang tempoh itu bergantung kepada tahap keimanan masing-masing.

Tetapi malam yang berkat itu tidak dinyatakan secara lebih tepat pada hari tertentu. Tujuannya supaya Rasulullah saw dan umatnya memperbanyakkan ibadat dan amal kebajikan sepanjang bulan.

Rasulullah saw sendiri menghayati 10 malam terakhir Ramadan; mengerjakan ibadat (Qiamullail) dan beriktikaf di masjid, untuk menyambut kedatangan malam yang mulia itu.

“Nabi mengejutkan kaum keluarga untuk beribadat, Nabi fokus berzikir dan beriktikaf di masjid, tetapi malangnya kebanyakan masjid kita dikunci dan yang boleh digunakan untuk beriktikaf di sudut anjung saja,” katanya.

Dari Aisyah r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah saw berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir (dari bulan Ramadan), berbanding dengan masa lain.” (Hadis sahih, riwayat Muslim).

Walaupun waktu tepat malam al-Qadar tidak diberitahu, Nabi saw ada memberikan beberapa isyarat mengenai ketibaannya, seperti dinyatakan dalam satu hadis.

Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam al-Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang akhir, dari bulan Ramadan.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari).

Malam yang ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dari keterangan hadis menunjukkan malam yang mulia itu berpindah-pindah (tidak statik) dalam lingkungan 10 malam akhir dari bulan Ramadan. 

“Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat. 

“Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali.

“Ulama mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa.

“Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri,” katanya.

Beliau menjelaskan, orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah mereka yang meningkatkan ketakwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat, malah perangai berubah kepada lebih baik.

“Justeru, dalam kita mengharapkan Lailatul Qadar, seeloknya kita membuat persediaan, bermula dari pencarian ilmu, seterusnya dengan ilmu dapat beramal ibadat dan ibadat itu pula dengan hati ikhlas,” katanya

Bertudung????

Bissmillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum pembuka bicara ana hr nie...




Kalau budak-budak kecilpun cantik bila bertudung, apa lagi orang dewasa, bertambah cantiklah dia diiringi dengan pahala. Maruah dan auratnya dijaga. Ditutup dan dipelihara daripada pandanagn orang yang bukan muhrimnya.


Apabila ada orang berkata "alah, minah tu pakai tudung sebab adat je, bukannya apa-apa pun..." Ingatlah bahawa "adat" yang dilafazkan tadi adalah adat yang bertepatan dengan syarak, bukannya bertentangan dengan syarak. Maka di sana dia telah menjalankan auratnya dan melaksanakan tanggung jawab "bertudung" (berhijab).

Pernah juga kita terdengar, "alah aku tak bertudungpun, hati aku baik, aku tak tinggal solat, aku selalu tolong orang, tak payah bertudungpun takpa. lagi pun panaslah..." maka ingatlah, pada ketika itu kita telah melanggar syariat dengan berhujjah "hati saya baik, saya selalu tolong orang...." dan sebagainya, ingatlah bahawa kita sedang memperkotak-katikkan agama, mempersendakan hukum syarak, maka balasannya nanti amatlah pedih.

Pernah juga kita melihat, ada antara kita yang mengadakan majlis tadarus, majlis khatam al-Quran, tidak menjaga adab-adab bila membaca al-Quran. Al-Quran dibaca, jambul rambut terkeluar sini sana. Golongan ini mengatakan bahawa mereka mengamalkan al-Quran, membaca dan menghayati al-Quran. Persoalannya, DIMANAKAH PERNGHAYATANNYA?

Apa yang perlu kita ingat, segala apa yang pernah kita lakukan di dunia ini akan dihisap, semuanya akan dihitung, kerana kita adalah hamba. Dan hamba mempunyai tanggung jawab kepada pencipta.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ketika Cinta Berusrah

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


Doa cinta Nabi Daud - Memohon Cinta Allah.

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalaberibadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Andai Aku Mati Sekarang

Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?

.Aku menangis rasanya apabila memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
Ummiku,
Abahku,
Kakakku
Adikku,

.Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namaMU  sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu

.Ya Rabb…
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku. Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati, bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa, yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku jadikan diam sebagai benteng diri, dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku tetap pada pendirian ini, pada kesabaran yang sudah semestinya
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah…

dan

Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi yang telah merenggut kelapangan dari hidupku ini.

Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa

Aku memohon berilah kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amalan 

Aku memohon agar mengharungi segala pejalanan yang baru kubinakan dengan keyakinan,kesabaran

Hanya untuk meraih kasihMU

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

Selasa, 2 Ogos 2011

BERPURDAH..BIAR BERNILAI.~ SOLEHAH.

Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah. Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri. Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam. Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :

-Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
-Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
-Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
-Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah
-Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol

Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.

Solehah BUKAN Di Mata

Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal. Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya menjadi wanita solehah.

Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nujuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.

Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.

IKHLAS Menutup Pintu Fitnah.

Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :

-Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
-Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
-Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
-Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim

Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan. kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?

Maksiat Di Sebalik Tudung

Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah. Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah. Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti. Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)